![]() |
ESQ Consultancy Services Sdn. Bhd.Specialists in Environmental Protection, Occupational Safety and Health, Hygiene & Quality. |
Menjadi pembekal perkhidmatan yang utama dalam bidang Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan (EH&S) dan perkhidmatan persijilan ISO kepada syarikat di seluruh dunia.
ESQ Consultancy Services Sdn Bhd ialah sebuah syarikat perunding alam sekitar, kesihatan, keselamatan, kualiti dan kebakaran yang beroperasi dari Malaysia , Singapura , China dan Taiwan . Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan perkara utama yang dinyatakan di atas. Kami membantu klien kami untuk mendapatkan sistem pengurusan risiko strategik yang boleh:
Kami mempunyai sepasukan jururunding dan ahli profesional yang mempunyai pengalaman luas dalam industri, kelayakan cemerlang dan dilatih di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia (termasuk Jepun , Malaysia dan Singapura). Mereka merupakan pakar dalam bidang teknikal untuk menjalankan kesemua kerja perundingan. Selain itu, ahli-ahli profesional ini juga boleh menawarkan perkhidmatan mereka secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang keselamatan, alam sekitar, kualiti di pelbagai jenis industri dan tapak pembinaan di sekitar Asia .
ESQ Malaysia adalah sebahagian daripada L.T International Consultancy Servioces Group, iaitu sebuah syarikat perunding Alam Sekitar, Keselamatan & Kesihatan dan Kualiti Antarabangsa (contohnya (OHSAS) 18000/ QS 9000/ ISO 9000/ ISO 14000/ ISO/IEC 25/ ISRS/ PSM/ CIMAH/ CHRA/ dll.) yang mempunyai anak syarikat di Singapura , Malaysia , China dan Taiwan . Kami telah bekerjasama dengan syarikat SAAG Oil & Gas Sdn Bhd, TRISILCO Oil & Gas Sdn Bhd, ENSR, DNV, Ecology and Environment, BC Research Inc, Lloyd's register dan ERM dalam beberapa projek perundingan di Malaysia.
Syarikat kami telah berkecimpung dalam industri termasuk semua aspek Alam Sekitar, Keselamatan & Kesihatan dan Pengurusan Kualiti sejak tahun 1994 di negara Asia Pasifik. Kami mempunyai jururunding profesional yang berpengalaman di seluruh Malaysia , Singapura , China dan Taiwan . Klien kami juga melebihi 200 syarikat di seluruh Asia Pasifik.
Sebahagian daripada klien kami termasuklah Sony, Nippon Paint, Mobil, Nestle, Akzo Nobel, STM, Unilever (China) Pte Ltd, Jebsen and Jesson Group of Companies. Sila lihat pada senarai klien dan projek.Kami memberikan perkhidmatan perundingan di Asia Pasifik melalui sepasukan pakar tempatan kami. Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan yang komprehensif berkaitan dengan Alam Sekitar, Keselamatan, Kesihatan, Pengurusan Bahaya dan Peningkatan Kualiti. Sila lihat laman perkhidmatan kami.
Anak syarikat kami, ESQ Trading and Engineering turut membekalkan peralatan berkualiti dan perkhidmatan perdagangan antarabangsa dalam Bahan Kimia, Bahan Kimia Khas, Komponen Komputer & Peralatan, dll.
Kami boleh membantu anda dalam semua aspek permohonan bagi berlainan standard.
Kami boleh membekalkan segala jenis peralatan berkaitan Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan Pencegahan Kebakaran.
Kami juga boleh mereka, membina dan menjalankan rawatan air kumbahan, sistem penapisan udara dan sistem perlindungan /pencegahan kebakaran, dll.
Sebagai syarikat perunding yang bertanngungjawab, kami mempunyai pengetahuan yang baik tentang pelbagai agensi kerajaan, peraturan, akta dan prosedur mereka. Dengan itu, kami dapat memberikan informasi dan bantuan kepada syarikat mengenai peraturan dan akta kerajaan, permohonan lesen bagi pelbagai jenis proses dan operasi.
Hantarkan kepada mel elektronik atau telefon kami hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan perundingan secara individu.
Hantarkan ke miausin_chang@yahoo.com sebarang pertanyaan atau komen anda mengenai laman web ini. Terima Kasih
Copyright © 2000 ESQ Consultancy Services Sdn. Bhd. All rights reserved.